The Royal Cambridge Hotel
BERKUNJUNG ke United Kingdom (UK) terutama kota London menjadi idaman sesiapa jua kerana kota raya itu adalah destinasi pelancongan popular di dunia. Namun, melancong ke UK terasa seperti insan kerdil kerana nilai mata wangnya yang tinggi berbanding Ringgit Malaysia. Tidak hairan kebanyakan yang melancong ke UK membawa bekalan makanan sendiri sama ada sambal ikan bilis, serunding atau mi segera. Malah, ada sanggup membawa periuk elektrik terutama bagi mereka yang tidak dapat hidup jika tidak makan nasi. Selain makanan, ramai mencari penginapan di kalangan rakan, saudara-mara atau hotel bajet untuk mengelak membayar kos yang tinggi untuk bilik hotel. Justeru, jika anda mencari hotel bajet yang sesuai ketika mengunjungi UK atau kota London ketika musim cuti sekolah itu, apa kata menginap di The Royal Cambridge Hotel. Jangan terkejut, hotel ini yang diuruskan Suria Resorts Management Sdn Bhd adalah milik rakyat Malaysia yang turut mempunyai beberapa hotel dan resort di negara ini. Keduduk
Comments
Post a Comment