Posts

Showing posts from December, 2009

Gerakan Aliran Pemikiran Baru

Kertas ini telah dibentangkan pada Seminar Isu-Isu Semasa Tamadun Umat 7 Feb 2009 di Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya OLEH: MUHAMMAD ’UTHMAN EL-MUHAMMADY Yang dimaksudkan ’gerakan aliran pemikiran baru’ dalam nota ini ialah aliran pemikiran yang merangkumi pemikiran-pemikiran sama ada yang datang dari Barat zaman moden, atau yang baharu muncul di Dunia Melayu, ke dua-duanya dikirakan ’baru’ bagi kawasan Dunia Melayu ini, khususnya Malaysia. Dan yang dimaksudkan ’cabaran’ itu ialah antaranya sebagaimana yang didapati dalam ’Kamus Dewan’: 1.’hasil mencabar (mempersoalkan, mempertikaikan’), 2.’ajakan (untuk berlawan dsb); 3.’sesuatu (unsur, faktor, dsb) yang mencabar (menguji kemampuan dan ketabahan seseorang atau sesuatu organisasi dll) – (Kamus Dewan, DBP, 2007 hlm 232); -mencabar: ’menyatakan keraguan akan kesahan atau kebenaran sesuatu,mempersoalkan, mempertikaikan (Kamus Dewan hlm 231); ’mengajak berlawan, (bertanding, berkelahi) menentang, menyuruh melakukan sesuatu kalau

Kedai Buku Di Kuala Terengganu

Image
Sudah menjadi buah mulut orang ramai di bandaraya Kuala Terengganu namun masih ramai lagi mereka yang terus terperangkap dan tertipu. Pemilik sebuah kedai buku yang mempunyai beberapa rangkaian kedai di sekitar Kuala Terengganu didapati terlibat dalam usaha memurtadkan anak-anak gadis Melayu kita. Selain dari itu ramai juga mereka yang telah diperkosakan. Pengakuan beberapa bekas pekerja yang sudah serik dicabul kehormatan menceritakan pengalaman pahit mereka. Pemiliknya memang lebih suka mengambil kakitangan-kakitangan perempuan, anak-anak gadis dari kampung sekitar yang kurang pendidikan agama, lemah iman dan yang mudah terpedaya dengan wang ringgit. Sesetengah yang berani dan teguh iman, mereka sanggup berhenti dari terjerumus dengan maksiat yang berleluasa serta terancam keimannya. Malah semakin ramai dari mereka yang bersuara menceritakan kebobrokan nafsu serakah pemiliknya. Ada juga anak-anak gadis yang ternoda dan akhirnya terpaksa mengugurkan kandungan. Seorang dari bekas peker

mengurangkan kadar jenayah..

Langkah pertama yang perlu dibuat untuk mengurangkan jenayah, tidak kira jenayah ringan, jenayah jalanan mahupun jenayah berat ialah menghalau balek pendatang-pendatang haram warga asing ke negara asal mereka. Jika pendatang-pendatang haram itu tdak lagi berada di negara ini, maka segala jenis jenayah akan berkurangan secara drastik. Negara ini telah terlalu banyak dibanjiri oleh warga asing dari Indonesia, Bangladesh, Pakistan, India, Sri Lanka, Mynmar, Kemboja, Laos, Vietnam, China, Philipina, Nepal,. Afrika, Russia, Bosnia, dan lain-lain negara bekas Blok Soviet yang berfahaman komunis. Itu mengenai kes pendatang haram, warga asing yang datang secara izin pun telah banyak membebankan pihak polis. Terlalu banyak kes-kes jenayah yang telah dilakukan oleh pendatang asing terutama dari Afrika, Pak Hitam atau Pak Gelap ini sering kali menganggu ketenteraman awam di taman-taman perumahan sekitar bandar terutama di rumah-rumah pangsa. Mereka masuk ke negara ini atas tujuan belajar. Tetapi

Kelip Kelip ku Sangka Api

The Royal Cambridge Hotel

Image
BERKUNJUNG ke United Kingdom (UK) terutama kota London menjadi idaman sesiapa jua kerana kota raya itu adalah destinasi pelancongan popular di dunia. Namun, melancong ke UK terasa seperti insan kerdil kerana nilai mata wangnya yang tinggi berbanding Ringgit Malaysia. Tidak hairan kebanyakan yang melancong ke UK membawa bekalan makanan sendiri sama ada sambal ikan bilis, serunding atau mi segera. Malah, ada sanggup membawa periuk elektrik terutama bagi mereka yang tidak dapat hidup jika tidak makan nasi. Selain makanan, ramai mencari penginapan di kalangan rakan, saudara-mara atau hotel bajet untuk mengelak membayar kos yang tinggi untuk bilik hotel. Justeru, jika anda mencari hotel bajet yang sesuai ketika mengunjungi UK atau kota London ketika musim cuti sekolah itu, apa kata menginap di The Royal Cambridge Hotel. Jangan terkejut, hotel ini yang diuruskan Suria Resorts Management Sdn Bhd adalah milik rakyat Malaysia yang turut mempunyai beberapa hotel dan resort di negara ini. Keduduk

Have you ever been this tired ?

Image

Sorang je???

Salwa baru saja memulakan pekerjaan barunya sebagai seorang guru kaunseling di sebuah sekolah. Dia sangat bersemangat untuk memberikan nasihat kepada pelajar2 di sekolah itu. Pada masa rehat.. dia melihat seorang pelajar yang tengah berdiri seorang diri hujung padang sedangkan kawan-kawangnya yang lain asyik bermain di tengah-tengah padang mengejar bola antara satu sama lain. Salwa cuba mendekati pelajar itu dan bertanya apakah dia ada masalah... Pelajar itu menjawab bahawa keadaannya baik saja. Mendengar jawapan itu Salwa lalu meninggalkannya. Beberapa minit kemudian Salwa memerhatikan lagi pelajar itu masih sendirian di tempat yang sama. Salwa kini yakin bahawa pelajar ini sebenarnya mempunyai masalah. Lalu sekali lagi Salwa mendekati pelajar itu dan berkata penuh kelembutan... "Apakah kamu mahu kalau saya menemanimu?" Pelajar itu menjawab.. "Okey.. boleh saja...!" Merasa bahawa pendekatannya berhasil Salwa bertanya lagi.. "Kenapa kamu berdiri seorang diri di

Teka Teki

Bismilahirahmanirahim... Assalamualaikum... 1. Dalam byk2 kain, kain apa yang paling berat di dunia? 2. Soalan matematik, 2 apek tolak 1 nyonya jadi apa? 3. Ibunya satu, anaknya beribu, apa dia? 4. Kalau 1 + 1 = 2, jawapan lain dia apa? 5. Ibunya diurut, anaknya dipijak. 6. Pokok apa bila manusia nampak dia lari? 7. Lagu apa yang semua orang di dunia ini boleh menyanyikannya? 8. Sungai apa yang paling kurus di dunia? 9. Sungai apakah yang tiada air? 10. Kalau semua manusia jadi ikan, ikan jadi apa? 11. Apakah persamaan antara ikan kod dengan kod gitar? 12. Ikan apakah yang mempunyai ketiak? Jawapan-nya: 1 kain kapan 2 jadi gaduh 3 semut 4 takda dah 5 kad judi 6 pokok tumbang 7 happy birthday 8 sungai way 9 sungai kering 10 ikan jadi ikan 11 nama kod 12 ikan duyung

LunaScape5

Image
Bila sebut Internet, mesti adegan seperti Firefox, Opera, Safari, Internet Explorer terpampang di kepala. Baru-baru ini LunarScape melancarkan pelayar terbaru mereka. Lunascape5 adalah gabungan 3 enjin; Trident + Gecko + Webkit * IE menggunakan Trident * Firefox menggunakan Gecko * Chrome dan Safari menggunakan Webkit Pada mulanya, saya sendiri agak terperanjat mendengarkan gabungan ke 3-3 enjin ini, sebab saya tahu mesti lagi lambat sebab halaman web mestilah di-render sebanyak 3 kali. Terbukti saya salah. Menurut benchmark yang dilakukan, Lunascape5 mengalahkan pelayar-pelayar lain dengan mudah. Kemudahan lain juga tidak diketepikan juga, seperti kemudahan untuk bookmark, menyimpan kata laluan dan sebagainya. Lunascape5 juga turut menyediakan kemudahan untuk pembina laman web. Tembak pun tak kena, cerita pun tak guna. Apa kata kita cuba try test tengok. Muat turun di Sini

Rusuhan Natrah

Image
Rusuhan Natrah atau Tragedi Natrah berlaku di Singapura pada 1950 kerana pertembungan antara dua agama iaitu Islam - Kristian dan dua budaya iaitu Barat - Timur. Seramai 18 orang terbunuh / mati syahid dan 173 orang cedera ketika bertempur dengan tentera dan polis British. Mana-mana warga British di Singapura telah diserang . Bangunan dan kereta berhampiran padang dekat mahkamah telah dibakar. Tumpuan utama ialah Masjid Sultan di Singapura. Singapura diletakkan di bawah perintah berkurung selama 2 hari 2 malam. ISA telah digunakan dengan sebaik-baknya bagi membendung keganasan merebak. Punca Orang Melayu , India Muslim dan orang keturunan Indonensia di Singapura tercabar dan terbakar apabila Natrah diletakkan disebuah gereja atau menyamai fungsi gereja.Mereka beranggapan ini adalah 'Perang Jihad', perang suci untuk menyelamatkan agama dan maruah Islam. Dalam Undang-Undang Syariah Islam sebagaimana Sunnah Rasulullah , perempuan Islam berumur 13 tahun dibenarkan berkahwin. Tambah

MANSOR dan Natrah.

Image
NATRAH MAAROF atau Bertha Hertogh, 72, meninggal dunia yang mana kehidupannya sudah menjadi sebahagian daripada ingatan kolektif bangsa Melayu. Peristiwa yang dikenali Rusuhan Natrah akan sentiasa diingat oleh orang Melayu pada masa akan datang. Walaupun ia berlaku pada 12 Disember 1950 di Singapura kerana kekecewaan orang Melayu apabila beliau dimurtadkan sudah berlalu hampir 59 tahun, tetapi ia akan tetap tercatat dalam memori bangsa untuk diwariskan pada generasi akan datang. Selepas Rusuhan Natrah itu, apa saja perkembangan mengenai dirinya, apabila diketahui tetap menarik perhatian orang Melayu. Maka kini walaupun beliau sudah tiada lagi, tetapi kehidupannya akan terus dikenang kerana kepiluan hidupnya apabila dipaksa meninggalkan daripada menjadi seorang Melayu kembali kepada Belanda menyakitkan bukan saja kepada diri dan keluarga angkatnya, tetapi juga seluruh bangsa. Sekurang-kurangnya terdapat empat dimensi yang berkaitan dengan keseluruhan hidupnya. Pertama, dimensi Melayu da

Erti Seorang Lelaki

Sunnatullah dan Syariatullah Memahami syariatullah , iaitu segala hukum hakam yang termaktub di dalam quran dan hadis. Seorang suami juga, perlu memahami sunnatullah seorang wanita (isteri), yang Allah jadikannya lain dari dirinya. Seorang wanita, sifatnya lain sifat seorang lelaki,pelengkap dirinya, maka perlu difahami akan hakikat seorang wanita yang perasaannya lebih halus dari dirinya. *Syariatullah pada seorang suami kepada isteri : Nafkah zahir - tempat tinggal, makan minum. Nafkah batin - merasa selamat dibawah naungan suaminya, tempat berteduh bagi dirinya, tempat tumpuan kasih sayang , tempat kemesraan dan segala yang berkait rapat dengan perasaan. Inilah hak-hak kejiwaan yang perlu dimainkan peranan oleh seorang suami kepada isterinya. Seorang suami perlu juga melihat dunia kekeluargaan dari sudut pandang seorang isteri. Kerana seorang wanita punyai pandangan yang berbeza dari seorang lelaki. Kombinasi pandangannya dan isteri memainkan peranan dalam menjamin keutuhan dan keha

Salam

Image
Welcome to my blog.