mengurangkan kadar jenayah..

Langkah pertama yang perlu dibuat untuk mengurangkan jenayah, tidak kira jenayah ringan, jenayah jalanan mahupun jenayah berat ialah menghalau balek pendatang-pendatang haram warga asing ke negara asal mereka.

Jika pendatang-pendatang haram itu tdak lagi berada di negara ini, maka segala jenis jenayah akan berkurangan secara drastik. Negara ini telah terlalu banyak dibanjiri oleh warga asing dari Indonesia, Bangladesh, Pakistan, India, Sri Lanka, Mynmar, Kemboja, Laos, Vietnam, China, Philipina, Nepal,. Afrika, Russia, Bosnia, dan lain-lain negara bekas Blok Soviet yang berfahaman komunis.

Itu mengenai kes pendatang haram, warga asing yang datang secara izin pun telah banyak membebankan pihak polis. Terlalu banyak kes-kes jenayah yang telah dilakukan oleh pendatang asing terutama dari Afrika, Pak Hitam atau Pak Gelap ini sering kali menganggu ketenteraman awam di taman-taman perumahan sekitar bandar terutama di rumah-rumah pangsa. Mereka masuk ke negara ini atas tujuan belajar. Tetapi apa yang mereka pelajari, majoritinya terlibat dengan jenayah. Kerajaan seharusnya mengambil tindakan menghalu mereka itu dari bumi Malaysia ini. Tetapi kerana kerajaan terlalu berlembut dengan warga asing ini, maka kemasukan mereka hampir tidak terkawal lagi.

Maka janganlah kita mengharaap dan meletakkan kesalahan kepada pihak polis sahaja.Pihak polis telah banyak dibebankan dengan tugas-tugas keselamatan negara. Bila berlaku jenayah, maka semua pihak menuding jari kepada polis sahaja.

Bagaimana pula tentang pihak pelaksana perundangan dan kehakiman. Setelah pelaku atau tertuduh disabitkan dengan kesalahan, hakim-hakin dan majistret pula menjatuhkan hukuman terlalu ringan. Sepatutnya pihak mahkamah menjatuhkan pesalah dengan hukuman yang berat, bukan sekadar membayar denda, penjara sahaja. Jatuhkan mereka dengan hukuman sebat berserta denda atau penjarta yang lebih lama.

Tetapi ada pesalah yang dihukum penjara juga boleh lepas lari dari penjara. Maka pihak polis juga yang akan mencari. Sedangkan kesalahan itu akibat kecuaian warder-warder penjara. Separtutnya warder-warder yang bertanggung jawab juga perlu di kenakan hukuman sebat supaya mereka benar-benar bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas mengawal banduan-banduan.

Pndapat saya ini bukanlah bermakna saya menyokong sangat akan pasukan polis ini Tetapi realitinya pasukan polis terlalu dibebankan dengan tugas-tugas yang kadang kala bukan tugas mereka, tetapi mereka tetap diberi tanggung jawab itu. Mereka itu pun manusia dan seperti kita juga sebagai pekerja, ada tanggung jawab kepada keluarga, ibu bapa dan anak-anak yang perlu disara.

Comments

Popular posts from this blog

Kedai Buku Di Kuala Terengganu

The Royal Cambridge Hotel