LunaScape5



Bila sebut Internet, mesti adegan seperti Firefox, Opera, Safari, Internet Explorer terpampang di kepala. Baru-baru ini LunarScape melancarkan pelayar terbaru mereka. Lunascape5 adalah gabungan 3 enjin; Trident + Gecko + Webkit

* IE menggunakan Trident
* Firefox menggunakan Gecko
* Chrome dan Safari menggunakan Webkit

Pada mulanya, saya sendiri agak terperanjat mendengarkan gabungan ke 3-3 enjin ini, sebab saya tahu mesti lagi lambat sebab halaman web mestilah di-render sebanyak 3 kali. Terbukti saya salah.


Menurut benchmark yang dilakukan, Lunascape5 mengalahkan pelayar-pelayar lain dengan mudah.

Kemudahan lain juga tidak diketepikan juga, seperti kemudahan untuk bookmark, menyimpan kata laluan dan sebagainya. Lunascape5 juga turut menyediakan kemudahan untuk pembina laman web.


Tembak pun tak kena, cerita pun tak guna. Apa kata kita cuba try test tengok.
Muat turun di Sini

Comments

Popular posts from this blog

Mencari Agama yang Benar