Gerakan Aliran Pemikiran Baru
Kertas ini telah dibentangkan pada Seminar Isu-Isu Semasa Tamadun Umat 7 Feb 2009 di Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya OLEH: MUHAMMAD ’UTHMAN EL-MUHAMMADY Yang dimaksudkan ’gerakan aliran pemikiran baru’ dalam nota ini ialah aliran pemikiran yang merangkumi pemikiran-pemikiran sama ada yang datang dari Barat zaman moden, atau yang baharu muncul di Dunia Melayu, ke dua-duanya dikirakan ’baru’ bagi kawasan Dunia Melayu ini, khususnya Malaysia. Dan yang dimaksudkan ’cabaran’ itu ialah antaranya sebagaimana yang didapati dalam ’Kamus Dewan’: 1.’hasil mencabar (mempersoalkan, mempertikaikan’), 2.’ajakan (untuk berlawan dsb); 3.’sesuatu (unsur, faktor, dsb) yang mencabar (menguji kemampuan dan ketabahan seseorang atau sesuatu organisasi dll) – (Kamus Dewan, DBP, 2007 hlm 232); -mencabar: ’menyatakan keraguan akan kesahan atau kebenaran sesuatu,mempersoalkan, mempertikaikan (Kamus Dewan hlm 231); ’mengajak berlawan, (bertanding, berkelahi) menentang, menyuruh melakukan sesuatu kalau ...